Sambutan Hari Jantung Sedunia pada tahun ini disambut pada 29 September 2021 dengan tema “SAYANGI JANTUNG DAN TERUS BERHUBUNG”, yang menfokuskan penggunaan ilmu pengetahuan, kasih sayang dan pengaruh anda untuk memastikan anda, orang tersayang dan komuniti mempunyai peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat. Penggunaan teknologi digital bukan sahaja dapat membantu kita untuk berhubung di antara satu sama lain di mana sahaja kita berada, malah ia dapat memastikan semua lapisan masyarakat di seluruh negara mendapat akses kepada informasi pencegahan dan rawatan penyakit yang diperlukan.
Matlamat sempena Hari Jantung Sedunia 2021 ini adalah untuk memanfaatkan kelebihan penggunan teknologi kesihatan digital dalam meningkatkan kesedaran, pencegahan dan pengurusan penyakit kardiovaskular di seluruh dunia.