Petunjuk di dalam buku petunjuk kesihatan ini telah pun dikategorikan mengikut perkara-perkara seperti berikut:
a) Petunjuk tahap pembangunan sosial dan sosio-ekonomi
b) Petunjuk tahap kesihatan
c) Petunjuk masalah kesihatan khusus
d) Petunjuk kemajuan perkhidmatan kesihatan
Petunjuk ini mencerminkan kedudukan dalam negeri dan kaedah pengiraan petunjuk ini mungkin berbeza sedikit daripada yang biasa diguna oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Walau bagaimanapun, kesemua petunjuk antarabangsa (selain daripada petunjuk yang berbentuk penyataan dasar) boleh didapati dalam senarai petunjuk kebangsaan ini, sama ada dalam bentuk asal ataupun telah diubah suai. Kebanyakan petunjuk ini diperincikan mengikut pecahan kawasan dan jantina.
Petunjuk ini harus digunakan bagi mengawasi dan menilai strategi-strategi pelaksanaan program-program kesihatan di peringkat operasi. Adalah penting bagi pengurus-pengurus program memberi maklum balas mengenai kesesuaian dan kegunaan petunjuk ini. Ini akan dapat membantu Kementerian
dalam penilaian secara menyeluruh terhadap kemajuan ke arah strategi kebangsaan bagi Health for All (HFA).